Analisis Wacana

Istilah “wacana” dipakai sebagai terjemahan dari perkataan bahasa Inggeris iaitu “discourse”. Frasa “discourse” itu sendiri berasal dari bahasa Latin “discursus” yang mengandungi makna “lari kian kemari” yang diturunkan dari “dis” ertinya arah yang berbeza, dan “currere” yang bererti lari (Sobur, 2001:9). Dalam kenyataan Lull, wacana bererti cara objek atau idea yang diperbincangkan secara terbuka kepada publik sehingga menimbulkan kefahaman yang tersebar secara luas (Lull, 1998:225).
Mengacu kepada pendapat Foucault, pengertian wacana dibezakan kepada tiga macam bentuk iaitu secara konseptual teoretik, konteks penggunaan, dan metod penjelasan (Mills, 1994). Berdasarkan level konseptual teoretik, wacana diertikan sebagai ranah umum dari semua pernyataan iaitu semua bentuk ujaran atau teks yang mempunyai makna dan mempunyai efek semula jadi. Dalam konteks penggunaan, wacana bererti sekumpulan pernyataan yang dapat dibahagi ke dalam kategori tertentu. Pengertian ini menjelaskan adanya kuasa (power) yang beroperasi sebagai jentera untuk mewujudkan pahaman tertentu seumpama wacana imperialisme dan wacana kapitalisme.
Dalam pandangan Mills pula, analisis wacana merupakan sebuah reaksi terhadap penerapan linguistik tradisional yang bersifat formal (linguistik struktural). Sedangkan linguistik tradisional memfokuskan kajiannya pada pilihan unit-unit dan struktur-struktur ayat tanpa memperhatikan analisis bahasa dalam penggunaannya. Berbeza dengan linguistik tradisional, maka analisis wacana justeru lebih memusatkan perhatiannya pada level di atas ayat seperti hubungan gramatikal yang terbentuk pada level yang lebih besar daripada ayat.
Analisis wacana adalah studi mengenai struktur pesan dalam komunikasi. Lebih tepatnya lagi, analisis wacana adalah telaah aneka fungsi (pragmatik) bahasa. Analisis wacana lahir dari kesedaran bahawa masalah utama yang terdapat dalam komunikasi bukan hanya persoalan yang terdapat dalam komunikasi, dan bukan pula terbatas pada penggunaan ayat atau bahagian ayat, fungsi ucapan, tetapi juga mencakup struktur pesan yang lebih kompleks (Littlejohn, 2001:84). Dalam kenyataan Littlejohn pula analisis wacana mengandungi sejumlah implikasi. Pertama, berhubungan dengan cara-cara wacana disusun, prinsip yang digunakan komunikator untuk menghasilkan dan memahami percakapan atau tipe-tipe pesanan (message) lainnya. Kedua, wacana dipandang sebagai aksi; ia adalah cara melakukan segala hal, biasanya dengan kata-kata (teks). Pengguna analisis wacana tertarik dalam hal bagaimana sesungguhnya cara pembicara menyusun pesan-pesan mereka untuk menjelaskan matlamat yang ingin dicapainya. Kata Littlejohn lagi, “Discourse analysis does not treat organization as an end in itself, but aims to uncover its functions,”.
Ketiga, analisis wacana adalah usaha bagi pencapaian prinsip-prinsip yang digunakan oleh komunikator melalui perspektifnya. Pemberita menggunakan berbagai ayat untuk menyusun pernyataan-pernyataan koheren sehingga orang lain mengerti, dan menanggapi pesan-pesan dari orang lain dengan cara-cara yang kelihatan logik dan semula jadi serta tidak mengacaukan arus percakapan.
Istilah “wacana” (discourse), ada yang mengertikannya sebagai unit bahasa yang lebih besar daripada ayat. Ada pula yang memaknainya sebagai perbicaraan. Jorgensen dan Phillips (2007) secara sederhana mendefinisikan wacana adalah cara untuk membincangkan dan memahami dunia. Pendapat yang lebih konsepsional disampaikan oleh Fowler (1977), bahawa wacana adalah komunikasi lisan atau tulisan yang dilihat daripada titik pandang kepercayaan, nilai, dan kategori yang ada di dalamnya; kepercayaan di sini mewakili pandangan dunia; sesebuah organisasi atau representasi daripada pengalaman. Kata wacana banyak dipakai oleh banyak kalangan keilmuan seperti studi bahasa, psikologi, sosiologi, politik, komunikasi, sastera, dan sebagainya. Luasnya makna wacana oleh kerana perbezaan skop dan bidang keilmuan yang memakainya.
Selanjutnya, istilah analisis wacana adalah istilah umum yang dipakai dalam banyak disiplin ilmu dan tentunya dengan pelbagai pengertian. Namun pada dasarnya analisis wacana berhubungan dengan studi pemakaian bahasa. Mengutip pendapat A.S. Hikam (dalam Eriyanto, 2001), setidaknya ada tiga pandangan mengenai bahasa dalam analisis wacana.
Next....Pandangan-pandangan Analisis Wacana...

0 Comments